Friday, 15 March 2013

Perkembangan kanak-kanak

Definisi perkembangan

  • Perkembangan bermaksud perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif. 
  • Perubahan yang bersifat kualitatif, iaitu perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu, Atan (1982). 
  • Sementara menurut Papalia Dan Olds (1979) menjelaskan pembelajaran tentang perkembangan kanak-kanak menfokuskan kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kualitatif dan kuantitatif.
  • Perkembangan adalah perubahan kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku seperti perkembangan aspek kognitif, sosial, mental, emosi, dan rohani.
  • Contohnya perkembangan berkomunikasi dan berfikir kanak-kanak boleh diperhatikan melalui perubahan dalam penggunaan kata-kata atau bahasa, penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran.

Prinsip perkembangan
  • Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari empat aspek perubahan iaitu kognitif, mental, emosi dan sosial yang dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.
  • Dari aspek mental, perkembangan seseorang kanak-kanak dapat dilihat apabila kanak-kanak tersebut sudah dapat menguasai kemahiran berfikir, mengingat, menaakul, menganalisis dan sebagainya manakala pertumbuhan kanak-kanak pula berlaku apabila meningkatnya keupayaan berfikir dalam diri kanak-kanak. 
  • Dari aspek emosi pula, perkembangan dalam diri kanak-kanak berlaku apabila kanak-kanak tersebut dapat mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Perkembangan kanak-kanak akan berlaku apabila kanak-kanak berusia pada umur dua bulan setengah hingga tujuh bulan bayi dapat menggambarkan pada wajahnya perasaan seronok, gembira, duka, takut, sedih, bimbang dan sebagainya.
  • Perkembangan dari aspek sosial iaitu kebolehan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain. Perkembangan sosial yang dialami oleh kanak-kanak seiring dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya iaitu peningkatan kemahiran disiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain. Kanak-kanak dapat meningkatkan pertumbuhan apabila berjaya meluaskan perhubungan, komunikasi dan pergaulan dengan orang lain. 

Pertumbuhan kanak-kanak

Definisi pertumbuhan
  • Pertumbuhan menunjukkan aspek perubahan pada badan seseorang yang boleh diukur secara kuantitatif. 
  • Perubahan pada badan kanak-kanak yang boleh diukur secara kuantitatif adalah seperti berat dan tinggi. 
  • Perubahan terebut dapat diukur dalam unit gram dan sentimeter. 
  • Menurut Atan Long (1982), pertumbuhan adalah perubahan yang dapat diukur daripada satu peringkat yang lain dan dari satu masa kepada satu masa yang lain. 
  • Pertumbuhan yang biasa akan terhenti apabila orgasma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa.

Prinsip pertumbuhan
  • Pertumbuhan dan perkembangan manusia mempunyai arah. 
  • Arah perumbuhan dan perkembangan ialah dari kepala ke kaki, dari tengah ke tepi, dari umum kepada khusus. 
  • Pertumbuhan manusia akan terhenti apabila seseorang itu akan mencapai kematangan yang biasanya berlaku umur 17 hingga 19 tahun. 
  • Ini bermakna individu tersebut telah sampai ke peringkat optimum dalam perkembangan tingginya.
  • Urutan pertumbuhan untuk satu kumpulan spesis adalah sama walaupun berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Contohnya seorang kanak-kanak yang berumur tujuh bulan hingga 12 bulan akan mencapai kebolehan merangkak , duduk, berdiri, bertatih dan berjalan.
  • Jangka masa untuk mencapai tingkah laku adalah berbeza-beza tetapi tingkah laku yang dicapai adalah sama urutan tertibnya.
  • Contohnya, terdapat perbezaan antara Fahmi dan Fariz dalam jangka masa untuk mencapai kebolehan tersebut. Fahmi boleh merangkak ketika berumur tujuh bulan sementara Fariz pula mencapai kebolehan merangkak ketika berumur lapan bulan.

Sir Christiopher Ball, 1994

Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-kanak

  • Asas dan persediaan untuk kehidupan akan datang.
  • Kanak-kanak berkembang dengan cara dan kadar yang berbeza-beza dari segi intelek, rohani, emosi,   sosial,  moral dan jasmani.
  • Semua kanak-kanak mempunyai kebolehan yang boleh dikenal pasti dan dipertingkatkan.
  • Kanak-kanak belajar daripada apa yang berlaku pada mereka dan di sekitar mereka. Mereka tidak  memisahkan pembelajaran mereka, subjek atau disiplin diri.
  • Kanak–kanak belajar dengan berkesan melalui tindakan/melakukannya sendiri.
  • Kanak-kanak belajar dengan berkesaan apabila mereka terlibat secara aktif dan berminat.
  • Kanak yang mempunyai keyakinan kendiri mempunyai asas “headstart” untuk belajar.
  • Kanak-kanak perlu masa dan ruang untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.
  • Apa yang kanak-kanak tahu adalah titik permulaan kepada pembelajarannya.
  • Bermain dan berbual adalah cara utama kanak-kanak belajar tentang diri mereka, orang lain dan dunia luar.
  • Kanak-kanak yang digalakkan  berfikir mempunyai kebolehan untuk bertindak sendiri.
  • Hubungan dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa penting untuk perkembangan diri.


Wednesday, 13 March 2013

Matlamat pendidikan prasekolah di Malaysia



Matlamat
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan , menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif masuk ke sekolah rendah.



Objektif
Pendidikan Prasekolah membolehkan murid-murid:

  1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik;
  2. Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi;
  3. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa penghantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil;
  4. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kendudukannya sebagai bahasa kedua;
  5. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam;
  6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalan kehidupan seharian;
  7. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan 
  8. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;
  9. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan yang baik;dan
  10. Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Tuesday, 12 March 2013

Program "Headstart"

  1. Ditubuhkan oleh Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat
  2. Kanak-kanak miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal kanak-kanak
  3. Program  Headstart  telah dirancang dan dikelolakan untuk membantu kanak-kanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin. Mereka ditempat kan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.
  4. Sejak tahun 1965- 1977, sejumlah 17 juta kanak-kanak mengikuti program ini.

          Matlamat
  1. Menyediakan keperluan kesihatan dan bantuan makanan
  2. Menanam ciri dan nilai kejayaan yang boleh mempertingkatkan daya usaha dan pembelejaran dan perkembangan menyeluruh
  3. Memperbaiki kebolehan kanak-kanak dan keluarga mereka dalam aspek perhubungan berasaskan perhubungan kesihatan
  4. Mempertingkatkan kemahiran dan proses mental, kemahiran konsep dan kemahiran bahasa kanak-kanak.


Ciri-ciri Program Headstart



a) Penglibatan Ibu bapa
Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan pengurusan prasekolah.

b) Kesihatan
Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.

c) Pemakanan
Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri.

d) Pendidikan
Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.



e) Perkhidmatan Sosial

Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan.


f) Ketidakupayaan
Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanak-kanak kurang upaya atau keperluan khas.

g) Kesihatan Mental
Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah dan ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.

Sejarah perkembangan prasekolah di Malaysia

Zaman Sebelum Merdeka



         1940an 

  • Prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan mengikut pengaruh British. Yuran yang dikenakan sangat mahal dan hanya anak-anak orang berada sahaja mampu belajar di prasekolah itu. 
  • Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah.

Zaman Selepas Merdeka


         1969
  • Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Headstart” di Amerika Sharikat. 
  • Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari keturunan Melayu, Cina dan India.
         1970
  • KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar.
        1972
  • Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia.
  • Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah.
  • KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. 
  • Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.
         1981
  • Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya.
         18 Disember 1991
  • Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia   
         Akta Pendidikan 1996
  • Pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan.