- Permata Negara merupakan projek perintis yang dicetuskan oleh penggerak utamanya iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
- Tema ‘Setiap Anak PERMATA Negara’
- Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan
- Mengandungi lima program utama yang terdiri daripada Permata Negara,Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, dan Sekolah Permata Pintar UKM
- Proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal dan akan lebih berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir.
- memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
- kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi dari model Pen Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara
- Asuhan dan pendidikan kanak-kanak pada peringkat awal bertujuan mengembangkan potensi setiap anak PERMATA Negara dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi.Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:
- Berumur satu hingga empat tahun
- Menetap di pinggir atau luar bandar
- Keluarga berpendapatan rendah
- Berbilang kaum dan agama