Friday, 15 March 2013

Teori Pertumbuhan/Kematangan Arnold Lucius Gesell


21.07.1880 - 29.05.1961 (81 tahun)
Pakar psikologi dan pakar perubatan kanak-kanak
Pengarah "Yale Clinic of Child Development" selama 37 tahun
Memerhatikan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak

"Gradients of Growth" - typical behaviors into 10 major areas

  • Percaya bahawa tingkah laku berkembang menurut tahap-tahap atau jadual dalaman yang berlaku secara semula jadi atau dikenali sebagai proses kematangan biologis.
  • berpendapat bahawa semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu - oleh itu perkembangan kanak-kanak boleh diramal
  • Kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh faktor intrinsik, terutamanya gen, iaitu bahan kimia terkandung dalam nukleus setiap sel. Gen yang menentukan sekuens, masa dan bentuk tingkah laku yang terhasil. 
  • Beliau telah berusaha menjalankan kajian kematangan. Sepanjang 50 tahun di klinik pertumbuhan kanak-kanak Yale, Gesell dengan rakan sekerjanya melibatkan diri dalam sebuah kajian teliti dan luas mengenai perkembangan neuromotor kanak-kanak dan bayi.
  • Menerangkan keindahan yang dilihatnya dalam proses pertumbuhan dengan “ its seasons and sequences”. Pertumbuhan terjadi dalam sekuen yang tetap. Menurut Gesell (1952) semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan, dan berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik.
  • Dari pandangan Gesell, perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman.
  • Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama ; persekitaran dan baka. 
  • Pertumbuhan sebelum kelahiran dipengaruhi oleh kematangan dari aspek persekitaran dalaman, seperti suhu badan fetus dan oksigen yang diterima daripada ibunya. Selepas kelahiran, dipengaruhi oleh persekitaran fizikal dan sosial.


Prinsip Perkembangan Pemerhatian Gesell 

Penggabungjalinan Dua Hala Manusia 
  • Terbina daripada prinsip asas berpasangan iaitu kita mempunyai bahagian otak yang terdiri daripada dua hemispera, sepasang mata, sepasang tangan, sepasang kaki dan lain-lain lagi. Pergerakan kita juga ada mempunyai ciri-ciri dualistik seperti apabila kita mengeliatkan badan. 
  • Merujuk kepada proses perkembangan dua keinginan yang akhirnya akan mencapai satu cara pengelolaan yang efektif. 
  • Contoh, dalam perkembangan menggunakan tangan, seorang bayi menggunakan sebelah tangan, kemudian menggunakan kedua-duanya sekali, kemudian menggunakan tangan sebelah yang lain, diikuti dengan penggunaan kedua-dua belah tangan dan berulang-ulang sehingga dia mencapai dominasi satu tangan.
  • Perkara saling menggantikan penggunaan kedua-dua belah tangan memberi contoh kepada kita tentang penggabungjalinan dua hala.

Fungsi tidak bersimetri 
  • Melalui proses penggabungjalinan dua hala kita telah menseimbangkan asas berpasangan alam sekeliling kita.
  • Walau bagaimanapun kita jarang mencapai keseimbangan yang tepat atau simetri, malah satu tahap keseimbangan tidak bersimetri yang selalunya berfungsi. 
Peraturan Kendiri
  • mekanisma perkembangan intrinsik terlalu kuat sehingga organisma tersebut pada sesuatu tahap akan dapat mengawal perkembangan dirinya - mengawal kitaran menyusu, tidur dan keadaan berjaga mereka

Jadual perkembangan turutan tingkah laku menurut Arnold Lucius Gesell






No comments:

Post a Comment