Definisi perkembangan
- Perkembangan bermaksud perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif.
- Perubahan yang bersifat kualitatif, iaitu perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu, Atan (1982).
- Sementara menurut Papalia Dan Olds (1979) menjelaskan pembelajaran tentang perkembangan kanak-kanak menfokuskan kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kualitatif dan kuantitatif.
- Perkembangan adalah perubahan kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku seperti perkembangan aspek kognitif, sosial, mental, emosi, dan rohani.
- Contohnya perkembangan berkomunikasi dan berfikir kanak-kanak boleh diperhatikan melalui perubahan dalam penggunaan kata-kata atau bahasa, penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran.
Prinsip perkembangan
- Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari empat aspek perubahan iaitu kognitif, mental, emosi dan sosial yang dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.
- Dari aspek mental, perkembangan seseorang kanak-kanak dapat dilihat apabila kanak-kanak tersebut sudah dapat menguasai kemahiran berfikir, mengingat, menaakul, menganalisis dan sebagainya manakala pertumbuhan kanak-kanak pula berlaku apabila meningkatnya keupayaan berfikir dalam diri kanak-kanak.
- Dari aspek emosi pula, perkembangan dalam diri kanak-kanak berlaku apabila kanak-kanak tersebut dapat mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Perkembangan kanak-kanak akan berlaku apabila kanak-kanak berusia pada umur dua bulan setengah hingga tujuh bulan bayi dapat menggambarkan pada wajahnya perasaan seronok, gembira, duka, takut, sedih, bimbang dan sebagainya.
- Perkembangan dari aspek sosial iaitu kebolehan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain. Perkembangan sosial yang dialami oleh kanak-kanak seiring dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya iaitu peningkatan kemahiran disiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain. Kanak-kanak dapat meningkatkan pertumbuhan apabila berjaya meluaskan perhubungan, komunikasi dan pergaulan dengan orang lain.
No comments:
Post a Comment